Friday, 25 January 2013

Cegah masalah hati

 

TAHUKAH anda antara fungsi hati ialah sebagai tempat menyimpan tenaga, vitamin dan mineral? Hati atau hepar juga menghasilkan protein dan membuang hampas dari badan menerusi air kencing, peluh dan sebagainya.
Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh Yayasan Hati Amerika, penyakit hati menyerang kira-kira satu daripada 10 rakyat Amerika. Di Malaysia pula, kita menemukan angka satu daripada 20 rakyatnya menghidap penyakit berkaitan hati .
Bagi mengetahui adakah hati kita menghidap penyakit atau tidak, orang ramai dinasihatkan menjalani pemeriksaan, kemudian disusuli dengan pemantauan, jika ia dapat dikesan lebih awal maka rawatan juga boleh dimulakan dengan lebih awal.
Namun gaya hidup tidak sihat membuka laluan luas kepada penyakit untuk bersarang dalam badan.

Wednesday, 23 January 2013

Rahsia Khasiat Belimbing Dan Jus Belimbing

Buah-buahan merupakan antara buah yang paling banyak khasiatnya. Khasiatnya menjurus kepada masalah kulit, masalah kesihatan dan lain-lain lagi. Jom ketahui apakah khasiat buah belimbing ini.

Melayukini.net – Rahsia Khasiat Belimbing Dan Jus Belimbing | Anda pernah merasai buah belimbing? Sebenarnya masih ramai lagi yang tidak mengetahui tentang khasiat sebenar buah belimbing ini. Buah belimbing, kebiasaannya mempunyai rasa sedikit masam-masam manis. Jom baca di bawah ini untuk mengetahui kelebihannya.
Dikenali dengan nama botaninya sebagai Averrhoa Carambola L, belimbing mengandungi banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan manusia.
1) Mengandungi 90% air, 0.75% protein, 3.5 – 11% gula dan 0.7% serat.
2) Kaya dengan kalium & vitamin A, selain vitamin B dan C.
3) Kalium di dalam belimbing berfungsi mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair, membantu kitaran ion dalam salur darah, membantu pengecutan otot, membantu memindahkan nutrein kepada sel selain membantu fungsi saraf.
4) Jus ini diminum untuk mengurangkan kehausan dan merangsang rembesan kelenjar untuk penghasilan air liur.
5) Selain itu, ia membantu melawaskan pembuangan air kecil di samping membantu merawat masalah kulit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C.
Bonus : Petua Penyembuhan Dengan Buah Belimbing.
# Untuk menghentikan pendarahan pada bisul di samping mencuci luka serta nanah yang keluar, kalian bolehlah menumbuk buah belimbing sehingga lumat lalu ditampal pada bahagian luka.
# Masalah cacing dalam perut atau usus; Rebus bunga belimbing & minum airnya setelah suam.
# Untuk masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya – daun, buah atau bunganya boleh ditumbuk lumat dan ditepekkan pada kawasan bermasalah.
# Air rebusan bunga dan daunnya boleh diminum untuk merawat batuk, sakit kerongkong & muntah-muntah.
# Buah yang dijerukkan dengan garam boleh dimakan untuk menghilangkan mabuk akibat perjalanan jauh.
# Air rebusan daunnya juga boleh digunakan untuk merawat demam panas.
Melayukini.net - Ada juga yang tidak boleh makan buah belimbing kerana tidak tahan dengan rasa masam. Tidak mengapa, kita juga boleh membuat jus belimbing mengikut citarasa masing-masing. Apa yang penting, belimbing mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
 
 
Sumber: Ujan Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

Foto




Photo Credit: Google Images

Minuman herba stevia

Oleh Mohd Sabran Md Sani




MENGAMBIL keputusan meletakkan jawatan sebagai kakitangan awam bukan mudah, ibarat memperjudikan hidup pada masa depan.
Namun, kerana minat meneroka bidang perniagaan, seorang bekas kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia memberanikan diri menubuhkan Syarikat Suco Industries (M) Sdn Bhd.
Dengan modal kira-kira RM600,000 yang dipinjam daripada ahli keluarga, operasi syarikat berkembang pesat dan kini menumpukan kepada pengeluaran air berkarbonat menggunakan herba stevia.

Pengurus Eksekutifnya, Ridzuan Mustapa, berkata khasiat gula stevia yang

tidak mempunyai kalori menyuntik minatnya mengkomersialkan herba itu dalam minuman karbonat.
“Penggunaan stevia membolehkan mereka yang mempunyai penyakit diabetis meminum air berkarbonat ini kerana tidak mengandungi kalori,” katanya.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, syarikatnya kini menjalinkan projek usaha sama dengan Syarikat Agro Stevia untuk mengusahakan tanaman berkenaan
di ladang milik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang.

“Dengan keluasan tanah sekitar 60.7 hektar, syarikat Agro Stevia menanam pokok itu dan hasilnya dijual semula kepada syarikat kami.

“Bekalan stevia yang mencukupi membolehkan syarikat mengeluarkan kira-kira 5,000 botol sejam,” katanya yang memiliki 10 anak dan 30 cucu.

Naib Presiden Gabungan Pengusaha Makanan Halal Malaysia (GPMM) itu berkata, syarikatnya kini dalam proses mendapatkan pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).

Katanya, penyertaannya dalam beberapa kursus anjuran Jabatan Pertanian dan Mara memberi semangat untuk menceburi perniagaan IKS.

“Melihat permintaan menggalakkan, saya mengambil keputusan bersara awal ketika usia 45 tahun dan mengambil kursus peralihan selama tiga bulan,” katanya.

Beliau yakin IKS milik Bumiputera mampu bersaing di pasaran tempatan jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.

“Memang tidak ramai yang menceburi industri menghasilkan air berkarbonat menggunakan herba stevia.

“Hasil promosi berterusan, permintaan terhadap produk minuman berkarbonat berasaskan herba stevia memang banyak,” katanya yang turut menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Setakat ini, syarikat itu mengeluarkan enam perisa minuman stevia iaitu oren, anggur, strawberi, sarsi, soda dan kola.

“Pada masa akan datang, syarikat akan mengeluarkan produk sirap stevia bagi pasaran sekolah bagi membantu mengurangkan diabetis dan obesiti,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/21
 
Sumber:  http://www.hmetro.com.my/

Tumbuhan herba

 


 
Salvia lyrata, salah satu tumbuhan herba
 
 
Tumbuhan herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Biasanya, tumbuhan herba mempunyai batang lembut dan mengandungi banyak air. Pokok herba telah lama digunakan orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.
Banyak pokok herba juga telah digunakan oleh orang Melayu sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi.
Terdapat juga pokok herba yang tidak dimakan secara langsung, tetapi digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan minyak atau dipuput (hancurkan dengan lumat seperti krim) sebelum diletakkan di bahagian yang sakit.
Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.
Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.